Sebagai huraian, terdapat tiga jenis elemen bagi system suspensi yang boleh di selaraskan iaitu
Spring, kadar penyerapan (Damping) dan preload.
Spring memastikan berapa kadar pemesongan atau pergerakkan yang dilakukan oleh suspensi, kerana disebabkan oleh lubang dan sebagainya semasa di selekoh. Adalah sukar untuk diperkatakan bagaimana keberkesanan dan pelaksanaan sesebuah spring
kerana bukan semua lubang atau bonggol yang terdapat di litar mempunyai persamaan.
Penyerapan (Damping),sebagaimana yang telah diperkatakan akan memastikan berapa cepatnya suspensi bergerak.Penyerapan (Damping) keras yang menggunakan minyak kelikatan tinggi dan lubang yang sedikit pada piston suspensi akan menyerap lebih tenaga dari penyerapan (Damping) lembut iaitu dengan menggunakan minyak kelikat rendah dan lubang yang banyak pada piston suspensi.Maka dengan teori ini kita boleh memperkatakan bahawa penyerapan (Damping) keras amat membantu pada keadaan litar yang tidak rata dan berbonggol, manakala penyerapan(Damping) lembut pula amat sesuai digunakkan pada litar yang berbonggol dan tidak rata justru kereta akan bereaksi dengan lebih pantas.
Preload, dengan menggunakan spacer tambahan atau gegelang badan suspensi (Shock Collar) mengawal tahap ketinggian (Ride Height) sesebuah kereta, jika direndah kan akan menyebabkan pengendalian yang sensiti manakala jika ditinggikan pula ia akan lebih stabil tetapi akan menyebabkan Roll yang berlebihan.