Kebanyakan kereta menggunakan system suspensi yang menggunakan minyak (Oil Filled) ini membolehkan penyelarasan dibuat mengikut kadar kelikatan minyak yang digunakan dan juga berapa banyak lubang yang digunakkan pada piston suspensi.
Dengan menggunakan kadar kelikatan minyak yang cair, suspensi akan menjadi lembut dan begitu pula disebaliknya.
Dengan menggunakan kadar kelikatan minyak yang cair akan melembutkan sistem suspensi. Dan dengan menggunakan lubang yang banyak di piston juga dapat melembut dan meringankan suspensi.
Apa yang dapat kita fahami mengenai huraiyan diatas menunjukkan jumlah tenaga yang diserap. Jika terdapat sebarang lubang yang besar di litar kita perlu menggunakan penyerapan suspensi yang keras manakala jika tiada terdapat sebarang lubang atau bonggol di litar kita perlu menggunakan penyerapan suspensi yang lembut atau ringan kerana suspensi akan bertindak dengan lebih cepat.