Komponen utama pada sesebuah suspensi adalah pada badan suspensi (Shock Body) dan ia terbahagi kepada dua jenis kategori.
1) Jenis badan suspensi yang menggunakan minyak dipanggil penyerapan lembap (Viscous Damper).
2) Jenis badan suspensi yang menggunakan pergeseran bahan dipanggil penyerapan kering (Coulomb Damper) yang sering digunakan pada kereta jenama Tamiya (TL01).
Kedua-dua jenis kategori ini mempunyai peranan yang sama iaitu untuk meyerap tenaga atau hentakkan yang disebabkan oleh lubang atau bonggol di litar. Namu yang demikian perkara penting yang perlu diambil kira ialah tenaga yang diserap mesti bersamaan dengan kelajuan pantulan spring keatas dan kebawah.Dan ianya tiada kena mengena dengan jarak pantulan yang dilakukan oleh spring.
Tenaga akan diserap pada penyerapan lembap (Viscous Damper) dimana piston di dalam badan suspensi akan bergerak melalui minyak manakala bagi penyerapan kering (Coulomb Damper) pula piston akan bergesel dengan badan suspensi. Kedua-dua kaedah ini mempunyai persamaan, tetapi penyerapan yang dilakukan oleh penyerap lembap (Viscous Damper) adalah lebih baik dan lancar.