Home arrow Articles arrow Suspensi arrow Spring
Spring PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Wednesday, 21 January 2009
Spring penyerap hentak (Shock Absorbers) berperanan mengawal aras pergerakkan suspensi. Spring yang keras akan menyebabkan tahap enjutan yang kurang berbanding jika menggunakan  spring yang lembut. Tahap kekerasan atau kelembutan sesebuah spring pada umumnya dipanggil kadar spring(Spring Rate) atau kekerasan (Stiffness).Kaedah unit diukur dalam Ib / Inci atau N / m (Newtons / meter).


Fenomena ini menunjukkan tahap kecergasan bagi sesebuah spring yang disebabkan oleh jenis bahan (Material) yang digunakkan untuk membuat spring itu sendiri. Setiap spring mempunyai tahap kecergasan yang tersendiri sebelum ia kembali kesifat asal nya.Dalam gambarajah ini juga bahagian lurus pada garisan merah jambu menunjukkan kadar kekerasan yang sebenarnya dan bila spring memampat garisan (Kuning) yang terakhir di sebelah kanan spring akan sekali lagi menjadi cergas dan kali ini ia disebabkan oleh setiap gegelang spring yang bersentuhan.Perkara ini dinamakan “Coil Bound”.Pada realiti nya kita tidak sepatut memampatkan spring hingga ketahap ini, jika ini terjadi maka batang piston (Piston Rod) akan pecah disebabkan oleh tekanan yang kuat pada spring.
Perkara penting yang perlu diambil kira adalah mengenai bebanan (Preload). Ia sering diperkatakan mengenai tahap ketinggian atau kerendahan bagi sesebuah sistem suspensi (Ride Height). Ia boleh dilaraskan dengan menggunakan penyendat tambahan untuk badan suspensi (Shock Body Spacer) atau dengan menggunakan pelaras pada badan suspensi(shock Collar).
Pada tahap kecergasan normal spring, bebanan (Preload) akan membuatkan spring menjadi keras. Walau bagaimana pun jika terdapat beban yang mencukupi untuk menampung spring ke tahap kawasan normal (garisan lurus) maka sebarang beban tambahan tidak akan membuatkan spring menjadi lebih keras.
Bila spring menerima bebanan atau hentakkan disebabkan oleh (lubang atau bonggol), ia terlebih dahulu akan menyimpan tenaga dan kemudian dikeluarkan ketika ia merenggang..Dengan ini kita dapat melihat suspensi akan mengikut pergerakkan spring pabila ia menganjal keatas dan kebawah.

 
< Prev   Next >