Home Articles Shaft Dan Belt Drive Kelemahan Sistem
Kelemahan Sistem Transmisi Shaft dan Belt drive
Written by Administrator
Wednesday, 21 January 2009
Terdapat pelbagai andaiyan dari sesetengah golongan yang kurang berpengetahuan mengatakan kereta yang mempunyai pacuan transmisi Shaft drive adalah lebih efisien dari kelajuan X daripada kereta berpacuan transmisi Belt drive dikelajuan Z tetapi pada realitinya
Kedua-duanya mempunyai kelemahan tersendiri dengan masaalah yang berlainan.
Kelemahan pertama yang terdapat pada Sistem transmisi Shaft drive ialah pada Diff gearnya.
Shaft akan berputar pada paksi 90 darjah manakala perbezaan pada Sistem transmisi Belt drive pula belt akan berputar pada arah yang sama dengan tayar dan transmisi akan berpusing selari kearah perjalanan kereta.
Kelemahan kedua yang terdapat pada Sistem transmisi Shaft drive adalah mengenai Shaftnya (Shaft panjang yang terletak di tengah) dimana ianya akan bersambung dengan Diff gear,gigi Diff akan bersentuhan dengan rapat dan ini akan meningkatkan geseran (Friction) tetapi walau bagaimana pun ini amat perlu untuk penyaluran kuasa.Dan perkara ini juga yang menyebabkan kereta yang berpacuan Shaft Drive mengeluarkan bunyi yang kuat ketika memecut.
Manakala kereta pacuan Belt drive pula hanya terdapat satu kelemahan sahaja,iaitu kerana ianya seutas Belt.
Contoh :
Ketika pemecutan meningkat terdapat beberapa perkara akan berlaku.
Pertama Belt akan mencari kesatibilan (Neutral Frequency) dahulu dan kemudian akan mula bergetar (keatas dan kebawah) dan seterusnya baru lah peningkatan kuasa akan di salurkan ke tayar dan bila kuasa pecutan terus meningkat, ketegangan pada Belt juga akan bertambah ketika kuasa putaran Centrifugal cuba untuk menarik Belt jauh dari Pulley kerengangan diantara belt dengan transmisi akan terhasil maka kuasa pecutan akan hilang dan ini juga akan menyebabkan belt akan mula mengendur.
Kita akan berkata sesuatu mengenai kuasa pecutan dalam artikel ini dan tidak dapat dinafikan lagi tiada sebarang kereta yang mempunyai Sistem Transmisi Belt drive dapat menandingi kereta yang berpacuan Shaft drive kerana ianya mempunyai Sistem Direct Drive manakala Belt drive pula mempunyai sedikit kelongaran dan kegelinciran pada Sistem transmisinya.
Sememangnya terdapat sedikit kelebihan pada Sistem transmisi Shaft drive tetapi tidaklah seketara Sistem transmisi Belt drive.Kerana disebabkan oleh kehilangan kuasa pecutan pada Belt ketika ia mengembang.