1) Terdapat pelbagai andaiyan dan kemushkilan yang diperbincangkan dalam setiap forum dilaman-laman Web diseluruh dunia mengenai kebaikan dan keburukan sistem transmisi sesebuah kereta yang mengunakan transmisi Shaft atau Belt drive, dan yang manu satukah yang terbaik dan sesuai untuk digunakan.
2) Jenis Sistem Transmisi ( Shaft dan Belt drive)
Hanya terdapat 3 jenis pacuan transmisi pada sesebuah kereta R/C
- Single Belt Drive
- Dual Belt Drive
- Shaft Drive
Setiap jenis Sistem transmisi ini mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri. Kita akan membahagikan Sistem transmisi Single Belt dan Dual Belt Drive.Sebab nya akan diterangkan dengan lebih lanjut lagi dalam artikel ini
3) Perlunya Sistem Transmisi dan kesannya
Kesan pada sesebuah Sistem transmisi adalah suatu Fenomena yang jelas dan nyata dimana kuasa dari Motor
akan dialihkan ke tayar dan juga selain dari perkara ini setiap jenis component yang berada dalam sesebuah kereta
misalannya posisi bateri,Motor dan juga system suspensi yang boleh menyebabkan tidak keseimbangan kepada
kereta juga mempunyai kesan kepada Sistem transmisi.
Berdasarkan perkara ini kesimbangan sesebuah kereta adalah menjadi faktor utama.
Posisi dan orientasi sesebuah Motor adalah amat penting contohnya,
Posisi Motor pada pacuan Shaft drive iaitu Motor akan berada pada posisi sebelah (North South) 90 darjah dari
Tayar dan ini boleh menyebabkan masaalah kuasa bertentangan (Torq steer) kuasa yang datang dari Armature
Motor yang berputar dengan laju boleh menyebabkan beban yang berlebihan kepada Tayar yang berada pada arah
yang bertentangan dengan ini kereta hanya akan dapat dikendalikan dengan mudah pada satu arah sahaja.
Mungkin agak sukar untuk memahami perkara ini tetapi amat mudah untuk memahaminya jika di beri contoh :
Sebuah Helikopter contohnya amat sukar untuk dikendalikan disebabkan pusingan arah blade yang bertentangan
(Counter Torq) kerana blade Rotor nya hanya berputar pada satu arah manakala badan Helikopter pula pada arah
yang lain tetapi dengan adanya sebuah rotor yang berada di hujung ekor Helikopter itu perkara ini dapat di atasi.
Pada sesebuah kereta R/C pula untuk mengurangkan kesan kuasa bertentangan (Torq steer) ini
Contohnya :
Associated TC3 mempunyai Asymmetrik pada system steering di bahagian hadapan kereta itu terdapat sedikit steering lock dan Caster di satu arah.Ia mungkin nampak tidak seimbang tetapi ianya tetap akan berfungsi dengan setara di kedua-dua belah arah apabila membelok di setiap selekoh
Kereta yang mempunyai system transmisi Belt drive pula dimana Motor akan berada pada arah (East West) dengan shaft Armature Motor yang berputar pada arah bertentangan dengan Tayar.
Apabila kereta memecut kuasa bertentangan (Counter Torq) akan mengalihkan beban dari bahagian belakang Tayar ke bahagian hadapan dengan ini steering akan lebih stabildan apabila membrek pula kuasa bertentangan (Counter Torq) akan mengalihkan beban ke belakang untuk mengurangkan dive.Dengan ini oversteer ketika membrek dapat dikurangkan.
Dengan spur berkedudukan diatas pinion (Contoh : Xray,HPI Pro3) juga membolehkan Motor dipasang diposisi tengah kereta ini amat penting bagi sesebuah kereta.