Prestasi Ratio 2 kelajuan (2 Speed) untuk perlumbaan di Track atau Parking Lot boleh didipertingkatkan ketahap Maksimum dengan adanya Sistem Transmisi yang Versatil ini.Dengan sedikit pangalaman serta kombinasi gearing yang betul Prestasi Injin yang sebenar boleh diperolehi.Untuk Track yang bersaiz kecil penukaran Gear Ratio diantara Gear pertama (1st Gear) dan Gear kedua (2nd Gear) dapat dikurangkan
Contoh :
Jika Klutch Bell (Pinion) mempunyai gigi yang bersaiz 15 dan 19 ,Transmisi Gear (Spur) pula mempunyai gigi yang bersaiz 45 dan 41 ,dengan ini kita boleh menukar Gear kedua (2nd Gear) kepada 18 manakala Gear pertama (1st Gear) pula ke 42 .Carta ini sesuai digunakan pada Trek yang kecil.Gear Ratio yang terdekat pada Gear pertama (1st Gear) ke Gear yang Kedua bermakna tahap berlepas yang (Punch) yang pantas dalam jarak yang terdekat.
Bagi Trek yang Besar pula memerlukan jarak Gear Ratio yang lebih jauh sedikit diantara Ratio Gear kedua (2nd Gear).Dengan mngunakan kaedah yang pertama tadi kita boleh menukar Gear kedua (2nd gear) gigi Klutch Bell (Pinion) bersaiz 20 dan manakala Transmisi Gear (Spur) pula ke 40.Kombinasi ini tetap mempunyai tahap berlepas (Punch) yang pantas dan apabila keluar dari selekoh.
Tetapi jika penukaran dilakukan terlampau jauh pada Gear kedua (2nd Gear) tahap pecutan Maksima (Top Speed) akan diperolehi dengan lebih jauh lagi.
CONTOH:
- Track kelajuan rendah (Low Speed)
Gunakan Gear Ratio yang kecil dari Gear pertama (1st Gear) ke Gear kedua (2nd Gear)
- Track kelajuan tinggi (High Speed )
Gunakan Gear Ratio yang Besar dari Gear pertama (1st Gear) ke Gear kedua (2nd Gear)
Transmisi 2 kelajuan (2 Speed) boleh meningkatkan prestasi sesebuah Injin dengan kuasa pecutan yang Efficen disetiap selekoh tanpa menjejaskan kelajuan
Transmisi satu kelajuan (Single Speed) tidak mempunyai tahap prestasi yang tinggi berbanding dengan Transmisi 2 kelajuan (2 Speed) ini menyukarkan pemilihan Gear Ratio bagi meningkatkan kuasa pecutan sebaliknya ia lebih ringan dan ini juga membolehkan sesebuah kereta dapat memecut dengan cepat tetapi kelajuan ditahap Maksima (Top Speed) tidak berubah.