Transmisi dua kelajuan (2-Speed) boleh memaximumkan prestasi (Range) sesebuah Injin berbanding Transmisi 1 kelajuan (Single Speed).Tambahan pada gear kedua boleh meningkatkan prestasi dari tahap rendah (Bottom End Punch) ke tahap pecutan Maksima (Top Speed) kelemahan yang ada Cuma pada rekaannya yang kompleks serta berat yang berlebihan sedikit yang menjejaskan prestasi Transmisi ini namun demikian dengan pemasangan Gear Ratio yang betul dan penalaan Shift Point yang effektif perkara ini dapat diatasi.
Prestasi yang baik tidak semestinya mempunyai kuasa pada kelajuan yang maksima (Top Speed) tiada sebarang andaian yang mengatakan bahawa kelajuan sesebuah kereta itu bergantung kepada Transmisi 2 kelajuan (2 Speed).Jika Gear Ratio kedua dan pertama adalah sama maka sesebuah kereta akan berlepas
dengan lebih pantas tetapi tahap pecutan Maksima(Top Speed ) tetap tidak berubah.